menjejaki semula yang kehilangan

0
COM
Assalamualaikum...

huh!"mengeluh sekejap"...


rasanya farhana dah lama tak menaip blog nie...tahu tak sebab apa dah lama tak update entry baru..sebabnya, farhana ingatkan blog nie, dah kena hack atau tak boleh bukak..
ceghuni ceritanya
tak tahu lah..one day, farhana nak bukak blog, then tetiba..mrs.Google cakap, blog fahana tak dapat dikesan...owhhh...nangis guling-guling, i cakap u!!!!..
huh!..makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena..
aishh...

macam tipu jer..macam tipu jer...

tetapi berkat kesabaran penat mencari, godek sini..godek sana , bila online nie...
Allhamdullilah... farhana dah dapat bukak blog balik..



so!lepas nie, boleh lah farhana update entry2x terbaru...
korang, rajin2x singgah blog farhana nie...
and i will follow and jejalan blog uoalls...

ok!nie dulu muqoddimah farhana, setelah dah berhabuk + bersawang=dah macam reban ayam dah blog nie,dah lama tak update.



P/S: Allhamdullilah farhana dah naik semester 6, doakan kerjayaan farhana ea!!

#Ramadhan dinanti,#Syawal dirai

0
COM
Allhmadullilah...
#sudah 28 hari kita berpuasa pada bulan ramdhan pada tahun ini, pertamanya, farhana nak mintak maaf banyak2x kalau ada Tersalah kata,Tersalah tutur bicara, dan yang paling penting, TER salah taip entry yang ada menyigung prasaan korang semua...mintak halal yang terlebih dan terkurang yea...setelah settled semua kerja..barulah farhana dapat mengadap laptop berejam2x nanti..hihi..


yealah..tyme bulan2x yang penuh kemuliaan macam nie lahh..kita rebut keredhaan dan meminta kemaafan daripada semua orang, cuba korang fikir kalau bulan lain, ada orang selalu nak mintak maaf??kalau ada.."Allhamdullilah"!!



Dalam diam tak diam, kita sudah hampir dengan penghujung bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan nie....harap korang dapat memanfaatkan kebaikan dan ganjaran yang diberikan pada bulan ramdahan nie..

papepun..kan nak dekat habis ramdhan nie, mesti semua orang tengah dok sibuk nak buat persiapan raya..
apa macam??dah habis shopping kaa?
jangan shopingg samapai bergolok gadai pulak..belanjalah setakat mana yang mampu,..



semua barang, nampak cantik, tak tahu mana satu nak pilih, sudahnya ambil jer apa yang dapat dicapainya..tak pilih pun...
aishh..#takbolehmacamtue...


"ingat! biar keperluan yang memuhi daripada kehendak"!!!
dalam meraikan syawal, kita kena bersederhana dalam memberi mengikut status kemampuan kita, nanti habis syawal..ha! camner..nganga jugak korang kang !hiihi..


so! korang jom kongsi..raya tahun nie..korang balik mana..??
kedah?p.pinang?n.sembilan?perak???

cer citeer3x...

moga ramadhan yang berlalu sentiasa dinanti untuk tahun mendatang, dan syawal dirai moga menjadi kenangan yang sangat indah dengan bersama  sanak-saudara.



#Amin

Maii....daa..Maii daa..

3
COM
Assalamualaikummm...

Hohoho..
salam ceria dan senyum selalu..
buat para bleger semua..
awat tetiba entry farhana,..tetiba terkeluar bahasa utagha pulak nie....
haha..
ini disebabkan..
Kerja yang mula diberikan oleh pensyarah..semakin "menggila"..
apa taknya..pensyarah farhana bagi minggu kedua semester start, past tue, mingggu depan kena buat presentation..
aishh..pening..pening..

yang bertambah pening lagi macam nie...

"SMS masuk.."

*Anda Diwajibkan menghadiri meeting pertama pada semester ini,
bagi membincangkan program yang akan dianjurkan....

huh!!..
pengsan!

pagi -petang ...: kelas..
.
.
.

petang..: pergi library cari bahan untuk assigment..(kalau library belum tutup)


.
.
.
malam: meeting (kalau ada)..
kalau tak ada : group untuk assigment atau settle assigment yang bertimbun..
.
.
.
"ok! jangan pedulikan picture farhana yang tengah mereng dalam library tyme tengah cari bahan untuk fiqh jinayat"
hehehe..

tapi:

why you thinking so much! believe allah always side with you..
it's right??

lepas tue, lecture farhana bagi kerja untuk assigment pada 14/6....
tahu tak, dia suruh presentation hari ape...pada 21/6...

huh!!..
pitam + terus tak bangun samapi subuh esok taw..

iya lah..kebiasaanya..farhana akan busy pada awal semester dengan program-program di kolej.

tapi..bila mai kawan farhana yang senget tue..nama dia Nor Atikah..farhana panggil dia senget..sebab kadang-kadang tak brapa nak betul sangat dia tue..
hahha..


ha!nie lah tikah ..org pinang..dekat buttorworth..nk knal??pm saya..haaha...

sory tikah...

apa-apa pun..apabila mai da sibuk yang melanda diri kita...kita jangan lupa, hubungan kita dengan Allah..dan keluarga..kerana kedua-duanya adalah pembakar semangat jiwa dan raga kita.

yakin lah! semua kerja kita tue, pasti akan siap!!..buat step by step..satu persatu..jangan gopoh-gapah taw!..

"pesanan ini ditaja khas #oleh farhana.sukasuki sdn.bhd"..

haha..

The Power Of HONEY!!

2
COM
Assalamualaikum...



Selamat Malam, bloger Semua!!
anyway, sebelum tue, farhana nak tanya, siapa yang suka sangat Madu...
anyway..madu nie sangat baik untuk kesihatan...

 didalam kandungan madu tue, sangat baik untuk baik untuk kesihatan kita, lagi-lagi untuk kecantikan.
eh! korang tahu tak apa rahsia dalam kandungan madu, yang sangat baik untuk kesihatan kita?

"sila baca kuat-kuat"!!!
tengok nie!..
Ahli-ahli sains telah menunjukkan bahawa madu mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang kuat ke atas sekurang-kurangnya enam puluh spesies bakteria, dan tidak seperti antibiotik, yang sering tidak berguna terhadap beberapa jenis bakteria, madu adalah bukan toksik dan mempunyai kesan yang kuat.

PH madu biasanya di antara 3.2 dan 4.5. Tahap pH yang agak berasid menghalang pertumbuhan bakteria banyak. Aktiviti antibiotik bukan peroksida adalah disebabkan oleh methylglyoxal (MGO) dan komponen sinergi tidak dikenali. Kebanyakan madu mengandungi tahap yang sangat rendah MGO, tetapi madu Manuka mengandungi tahap yang sangat tinggi..
ha! itu baru sikit..korang tak percaya lagi..
meyh farhana tunjuk bukti..yang kukuh dan tak boleh disangkal lagi...
 
 
 
di dalam Al-Quran pada surah "An-Nahl" (lebah) telah menceritakan tentang kewujudan lebah madu. Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam ayat 68-69 surah "An-Nahl" yang bermaksud : 
 
 Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang
yang memikirkannya.
 jadi! korang amalkan madu ini, tyme breakfast dan sebelum tidur, kalau korang tengah diserang selsema.. minum madu..buat jer macam air suam dan letak jer 2 sudu besar madu asli taw.

Madu digunakan untuk penyaman kulit menggunakan topeng pelembab dan dapat mengurangkan kemerahan muka dan jerawat. Ia juga digunakan untuk penyaman rambut. Ia sering dicampurkan dengan minyak zaitun atau minyak kastor untuk kedua-dua tujuan tersebut.

Sumber rujukan. Wikipedia, al-quran.

Jom amalkan makan madu!!!

 


 

Cara Atasi Kekurangan Diri

1
COM
Assalamualaikum...

Selamat Pagi...
Moga Senyuman dipagi hari , sentiasa mekar sehingga pagi esok dan sampai bila-bila...
hehe...

farhana, nak tanya dekat korang semua, siapa yang ada rasa. dirinya ada serba kekurangan..
tahu tak korang nie..

"you have so much talent, but because of your ego, you kill it"!!

how dare....!!!..ngee...^_^



nak tahu bagaimana cara atasi kekurangan diri??

ok! macam biasa...:

baca sekuat mungkin!!!bagi kawan sebelah dengar, korang jugak boleh dapat pahala. sebab sebarkan ilmu..

1) lupakan kekurangan yang ada pada diri
kenapa tak nak terima kekurangan pada diri seadanya? terima sahaja. contohnya, jika anda seorang yang  rendah , ingat bahawa ramai lagi, diluar sana yang rendah tubuhnya tetapi boleh sahaja berjaya, dan tidak semestinya, manusia yang ketinggiannya normal berjaya dalam hidup.
jadi! percubaan untuk selalu menutup kekurangan diri akan hanya membuat dalam keadaan "ditakup yang lama"..tiada perubahan.

2) luaskan pergaulan
bergaulah dengan orang yang mempunyai kepercayaan pada diriyang tinggi. pelajari dan ambil tips daripada mereka, jangan berasa malu, dengan cara komunikasi dapat mengelakan diri daripada perasaan malu dan kurang percaya pada diri.

3) rajinkan bertanya
kata pepatah :"rajin bertanya tak sesat jalan". jangan malu, kita mulakan perbualan untuk mencetuskan "conversation"

4) Tingkatkan Penampilan Diri
apakata, ubah sedikit penampilan diri, elakkan memakai pakaian dan aksesori yang terlampau tidak sempurna, seperti baju yang tidak bergosok, stokin berlubang, kasut yang bertapak haus. jika, pada setiap hari, memakai pakain yang "simple" apakata ubah sedikit dengan menambah aksesori atau menukar warna pakaian dan padankan dengan warna yang bersesuaian.

5) Buang imaginasi NEGATIF
hilangkan dahulu pemikiran "saya tidak boleh buat", rasa setiap geri yang kita lakukan, semua orang melihatnya. jika berada dalam keadaan begini, tarik nafas dalam-dalam, dan tenagkan diri dan percaya,
"oarang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh buat"??!!!

6) Sentiasa Tenangkan Diri
kesalahan utama orang yang berasa rendah diri, ialah kurang kawalan diri (self control), jika berada dalam situsi gagap bercakap, berdebar-debar, tingkah laku serba tidak kena, apakata, atasinya dengan minum air masak, dan membaca "basmalah" dan memegang sesuatu seperti pen. tisu, atau sebagainya untuk elakan gemuruh yang ada dalam diri ketika berada dalam situasi.


ha!Cukup tak, tips yang farhana bagi nieh, kalau tak cukup, or nak lagi, tulis jer kat kotak komen kat bawah, nanti farhana cepat jer tulis balik untuk jawap korang punya soalan tue..hihihi...

#Friday Quotes-your Dream Come True

1
COM
Assalamualaikum...


Kaifahalukum?? ("apa khabar para bloger yang manis dan ensem semua")

memandangkan hari nie, hari jumaat, hari yang penuh keberkatan,
jadi, marilah kita sama-sama berkongsi, ilmu.

so!  Quotes jumaat, farhana hari nie about "your dream come true"

semua orang mempunyai impian, cuma kadang-kadang impian yang kita inginkan tue, sama ada cepat atau lambat sahaja untuk kita capai. jadi, kesungguhan dalam mengejar impian adalah sangat diperlukan. tak kiralah, sama ada impian korang tue, besar atau kecil.

kadang-kadang juga, sebuah impian memerlukan pengorbanan, kata pepatah melayu
"berakit-rakit dahulu, berenang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

jadi! miliki sebuah impian, korang kena BANGUN DARIPADA MIMPI, kejar impian korang, usaha, pengorbanan, yang paling penting ikhlas. niat tue jugak paling penting.tawakal tak lupa.

P/S: may allah grant all your wishes, and please!!believe yourself and  be confidient,insyaallah! your dream will come true.!!

Amin...^__^

Kawal Sikap Marah Anda!!!

4
COM
Assalamualaikum...

Apa khabar para bloger semua..sihat tak?
kalau tak cepay pergi klinik..iyala, lately nie farhana tengok sekarang cuaca tak menentu,panas hujan, jangan minum ais sangat...
tak elok..
ngee...
"Nasihat...."

Sebeum tue, farhana nak mintak maaf sangat-sangat, sebab lately nie jarang update entry blog, al-maklumlah, masuk sem baru minggu pertama banyak yang kena settke kan..
Ok stop yang nie..

Farhana nak tanya korang semua, ada tak dalam kalangan korang nie, ada sikap suka sangat marah,
hal yang kecil, marahnya tak bertempat.
ishhh..kalau ada, apa kata cuba control rasa marah tue, bak kata orang, kalau nak marah biar berpada-pada dan bertempat, jangan pakai main "sembur' jer rasa marah tue..
lagi satu, jika nak marah dekat orang lain, apa kata fikir dulu, adakah releven perkara yang di timbulkan untuk melepaskan rasa marah anda tue..


"amalkan doa ini, jika rasa nak marah, cepat baca doa ini, tak pun cepat ucap nie"..


sebab itu kena cepat baca doa ini atau paling tak pun, korang istighfar cepat,then cepat banyak kan minum air, sebabnya air adalah sumber yang paling utama bagi manusia, banyak kebaikan yang kita dapat daripada minum air.

satu lagi, sifat marah, adalah satu daripada sifat yang sangat disukai syaitan. apabila korang berada dalam keadaan marah, ha! time tue lah mula lah syaitan nak menghasut macam-macam...
aish..

marah!!marah!!marah!!..So!let's say no! 
Sebabnya...


ha!Senangkan..kawal marah, dapat pahala.
bila senyum! lagi berganda pahala korang kan??

jadi, elak rasa marah, hati bertambah tenang, jiwa tak kacau, orang lain makin sayang!!



Cukupkah DIA bagiku??

5
COM
Assalamualaikum..

Selamat petang semua..
memandangkan hari nie mendung dan redup jer, dekat tempat kolej farhana
menunggu kelas hari esok..
mungkin padat kah?
lapang kah??
Oooh..farhana pun tak tahu, jadual pun belum tengok lagi...

apapaun..Syukan..Allhamdullilah farhana dah semester 5, lagi Setahun untuk menghabiskan jer nie..
 dalam menghadapi 3 tahun ini, macam-macam yang farhana belajar..ujian yang kena lalui...
tapi apa pun, bagi farhana sesusah mana pun ujian yang diberikan..
Percaya..
Percaya..

DIA adalah Segalanya..

siapa Dia yang farhana maksudkan ea???

thanks! to bintangbintang for the picture 

jangan lupa ingat doa nie sekali taw!!
percaya susah mana pun kita, ingat allah ada sentiasa dengan kita, hanya dengan mengingati dia hati kita akan sentiasa menjadi tenang, jiwa sentiasa lapang, orang pun sayang, senyum pun sentiasa tak lekang dekat bibir tue.



P/S: Ingat cukuplah Dia(ALLAH) bagi kita, kerana dia adalah sebaik-baik pelindung bagi kita.

Resipi: #Kuew Teow Goreng

2
COM


Assalamualaikum…
Salam 1Malaysia dan Selamat Malam..
“walaupun orang lain tengah dibuai mimpi indah”…
Oleh kerana mata farhana yang bulat macam guli nie tak nak tidur lagi…so! Farhana nak sharekan dekat korang resipi kuew teow, resipi kuew teow nie tersangatlah mudah, berbekalkan sisa cuti semester yang ada, farhana pun try lah memasak. Kuew teow nie farhana buat first time taw..!!..haha..


Nah amik  nie…




Bahan-bahan ( 6 orang makan )



1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
2 biji telur
20 batang crab meat (ikut suka banyak)
2 sudu besar kicap manis
2 susu besar sos tiram
1 genggam taugeh (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
    Cara-cara
    1. cuci dan tuskan kuey teow
    2. blender/tumbuk bawang besar dan bawang putih
    3. panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih+cili boh/giling dan tumis hingga garing
    4. masukkan sos tiram dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka)
    5. masukkan garam+perasa dan kacau rata
    6. pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat)
    7. masukkan taugeh dan crab meat dan kacau hingga sebati
    8. masukkan kuey teow dan gaul hingga rata

     
    Bila dah siap: bagi juri rasa…nak tahu juri nya siapa?

    #Ayah…..

    “kuew teow nie lembik sikit”

    #Adik ..

    “kakak..kenapa tawar?”

    Kih3x..nampak sangat menekankan amalan pemakanan kurang garam dalam masakan..”elak kencing manis”…

    #Adik Isha..

    Kakak…ish kenapa letak sayur banyak…

    Haha..nampak sangat suruh adik sihat terlebih..kui3x..

    Aiseh..namapa pun first time..ape3x pun..ini lah resipi kuew teownya..sebenarnya  resipi kuew teow tue dah betul dari mama farhana, maybe cara orang first time yang buat nie..huh!!..”paham2x jerla”…



    kalau dah try cepat delivery dekat rumah saya..ok..!..ngee..^__^

     SELAMAT MENCUBA