TIPS: #Hijab Style: Five Face Shapes

2
COM
Assalamualaikum..


 
Salam 1Malaysia..hihi..
adakah anda berasa ceria hari nie?
kalo tak ceria pergi dekat cermin senyum sorang-sorang ok!!..hihi..

oleh kerana farhana dah lama tak  update new entry blog..so hari ini farhana nak bagi sedikit tips..untuk dikongsikan dengan bloger semua...

tapi entry kali ini..
KHAS buat para wanita yang jelitawan kat luar sana...

lately nie, pelbagai corak dan warna tudung atau shawl yang telah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat atau outlet. oleh sebab itu, pelbagai gaya yang telah di trendkan oeh ramai wanita diluar sana, sama ada dalam penggayaan shawl atau tudung.

"jom ikut tutorial ini..simple tetapi cantik!"


oleh sebab itu, korang kena tahu apakah bentuk muka yang sesuai dalam menggayakan tudung atau shawl supaya ianya nampak lebih yakin apabila kita berada di luar rumah.



1) Wajah Oval (The Oval Face)

kepada mereka yang memiliki bentuk muka begini, ia sangat sempurna. anda memerlukan hijab yang nampak semula jadi atau simple untuk nampak lebih sopan dan anggun. anda tidak perlu menambah banyak perhiasan kerana bentuk muka sebegini adalah sangat sempurna.


 
 2) Wajah Rectangular ( The Rectangular Face)

jika anda mempunyai wajah yang agak lebar ( sisi ke sisi lebih panjang dari atas ke dagu). jadi! apa yang anda perlu lakukan adalah dengan memakai tudung dengan membawa sisi tudung anda anak lelaki ke hadapan ke hujung kening anda dan menarik selendang anda kembali ke garis rambut anda, dan secara automatiknya akan memanjangkan muka anda.   



3) Wajah Bulat (The Round Face)

bagi mereka yang memiliki wajah seperti ini, anda pasti mahu menyembunyikan pipi montel dan dagu yang bulat.jadi apa yang perlu anada lakukan adalah dengan memakai shawl dengan penggayaan yang agak longgar di bawah dagu supaya ia dapat mewujudkan lebih banyak lipatan dan menambah tekstur untuk dalam pengayaan hijab anda. 





4)  Wajah Square ( The Square Face)


 jika anda mempunyai wajah persegi dengan, rahang berat yang kuat, tulang pipi dan dahi. jadi, lipatan penggayaan tudung yang longgar di bawah dagu untuk ianya nampak kelihatan sopan dan feminin. Manakala dalam lipatan selendang dengan melilitnya dalam bentuk yang bulat (tetapi masih mengekalkan dahi memandangkan) akan 'ovalise' wajah anda secara keseluruhan!.



5 ) Wajah Berbentuk Hati ( The Heart- Shaped Face)

bagi mereka yang mempunyai wajah berbentuk ini penggayaan tudung yang tidak memerlukan banyak jumlah lipatan dan lapisan belakang dan sisi kepala anda. dengan lipatan tudung yang kemas dengan memuncungkan selendang di atas dahi anda, ianya sangat sesuai dan nampak lebih anngun dan menawan. pemakain sedikit aksesori juga boleh digayakan.




Sebenarnya, bentuk wajah kita ada lebih daripada yang farhana ceritakan nie, "tangan dah penat, otak tak berjalan.." tue yang sampai sini dulu ..ok?!

apapun, dalam pemilihan pengaayaan tudung pertama sekali korang perlu yakin dengan gaya tudung anda. yang paling penting sekali tutup bahagian "aurat" tue..ala korang mesti faham kan.. 


p/s:Senyum Selalu ^__^

Kerana Amanah

4
COM




Assalamualaikum…





Eh..awak lah jadi..
.
.
.
.
Urm.."tak apa lah kak" saya takut lah..
Tak apalah, awak try dulu, kalau rasa tak boleh, awak tarik dulu.." kata seorang senior pada farhana"
Ok lah saya try dulu..

Syukran!!Daebak!!Awesome!!Great!! Hebbah!!

Allhamdulilah..farhana telah selesai menjalankan tanggungjawab dalam sebuah sebuah organisasi persatuan di Kolej farhana untuk semester ini. Walaupun pada mulanya...rasa berat dan sangat susah untuk menjalankan semua tugas yang diberikan, tapi diberanikan diri juga.

Motivator selalu pesan:

"Leaderships, Soft Skills itu tiada dalam silibus pelajaran kita, kita yang kena cari, asah samapi tajam, belajar menjadi seorang berani, walaupun pada mulanya bertatih dan sering jatuh dan gagal, jangan takut,kerana penghujungnya uncapan tahniah adalah ucapan yang awal diterima".

'' Memang anda semua ni tidak diberi gaji untuk semua kerja ni.. malah topup pun guna duit sendiri..
namun percayalah dengan balasan yang baik daripada Allah.. Amanah itu perlu di jaga ''

 


bila sampai kerja gila datang
mula lah buat eksperimen tanpa di merancang

nak menguji tahap maksimum ketahanan badan
dan ketebalan dinding perut

Dari pagi sampai petang kuliah
Selepas isyak meeting
Bincang itu dan ini
Kadang-kadang sampai terlewat..



apapun......
saya belajar hormat dengan orang sekeliling
cakna dan eka dengan persekitaran dan masalah mereka

jawatan yang di sandang bukanlah sekadar
memakai tagging dan bacth semata-mata
bukan juga sekadar gambar di dalam carta organisasi

namun ia adalah Amanah (:
jadi, kami perlukan sokongan anda, anda dan anda!





wallahu'alam


P/S: jika kita bantu orang lain, ingat Allah Pasti Bantu kita.

Friday Quotes#Non-Stop Credit into your Account

0
COM
 Assalamualaikum..

 thanks.bloger ababil.zahra from this saring quotes


apa khabar bloger kacak dan manis semua..hihi..

moga senyuman ceria sentiasa tersenyum dibibir korang semua..
moga hari ini yang penuh berkat dan barakah ini, sentiasa menceriakan hari anda...

ok! jom kita share dan baca, bagaimana nak penuhkan account kita nie..
sila baca dengan kuat2x.."let's spread our knowledge"

account yang farhana maksudkan tue..bukan buku simpanan bank kita..ok..
account yang ini maksudnya amalan yang kita perlukan untuk menambahkan pahala.

senang jer...

sentiasa mendoakan orang, memaafkan kesalahan orang lain, sedekah jariah, ilmu yang berguna dan disebarkan.

it's so EASY..nak tahu lagi, sila baca quotes picture yang dah tampal dekat atas tue..hihi..

p/s: ok lah.moga amalan dan setiap perbuatan yang anda lakukan setiap hari diberkati dan diredhai oleh Allah S.w..t. ~Amin~

IBUKU Jalan SyurgaKU

0
COM




Assalamualaikum w.b.t



 thanks you mama!! i'll really proud of you!!

Moga senyuman yang manis sentiasa tersenyum di bibir anda, moga hari semalam adalah sejarah, dan hari ini lakaran sejarah…ngee, apa pun, hari ini entry farhana bertajuk ibu jalan syurgaku..
Anyway, walaupun hari ibu dah lepas, tetapi bagi farhana setiap hari adalah hari ibu, walaubagaimanapun dia marah dekat kita sekali dia tetap ibu kita, tiada yang dapat menggantikan dia. Dia adalah idola kita, ketabahan dia membangkitkan semangat kita. Tak percaya??
Meyh sini..
#baca kuat-kuat, bagi orang lain dengar!okay?!!




"semangat ibu sungguh luar biasa. Bermula pada pagi yang dingin, ibulah orang pertama yang bangun membersihkan diri. Kemudian, bermulalah rutin  harian dengan pelbagai kerja. Kotmitmen dan tugasnya berjalan sehingga malam hari. Tanpa rungutan dan keluhan, semuanya dilakukan dengan sepenuh keikhlasan".
ha! Begitulah ketabahan dan kesungguhan seorang ibu dalam kotmitmennya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Daripasa tokoh pemimpin dunia yang kita kagumi, peribadi ibu adalah sangat hebat.!lahirnya manusia yang bernama "ibu" yang terkenal dengan keberanian, kepahlawanan dan kebijaksanaan . usaha yang dilakukan bagi memberikan didikan dan dorongan serta sokongan kepada anak-anak mereka, bagaikan ada sentuhan "magic".
YA!BENAR!
Disebalik kehebatan seorang lelaki , di belakangnya ada seorang wanita yang berjiwa besar menyokongnya.
TETAPI???
Sedarkah kita, ibu menjadi salah satu lorong menuju syurga? Bak kata pepatah
"syurga dibawah telapak kaki ibu"
Redha ibu, adalah tiket percuma untuk kita pegang untuk menyeberangi alam yang indah dan kekal selamnya, iaitu alam akhirat.

Sabda Rasullulah S.A.W:-
"ibu bapa ialah pintu syurga yang paling tengah . terserah padamu kepadamu . sama ada engkau mensia-siakan atau memliharanya" . ( Riwayat al-tirmizi)
 
Didalam Al-quran surah Al-Isra: 23
Menyatakan bahawa: dan rabmu (Allah) telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah
selain dia, hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya".

Pengorbanan dan jasa ibu pada kita amatlah besar, tidak ternilai dengan wang ringgit, tetapi membahagiakan ibu, adalah nilaian yang sangat tinggi dimata ibu.
Nak tahu, apa yang dapat membahgiakan ibu??
Kalau nak tahu, promise dengan farhana, selepsa korang baca nie, bagitahu kat kawan-kawan yang lain taw..

#Tips Bahagiakan Ibu
1-      Mentaati arahan mereka, selagi mereka tidak menyuruh melakukan maksiat.
2-      Sentiasa mendokan mereka.
3-      Sentiasa bertanyakan khabar mereka.
4-      Melakukan pengorbanan untuk mereka.
5-      Bermanis muka dihadapan mereka
 

Entry Bergambar #What you get, Accept it with "Redha".

0
COM
Assalamualaikum...
  salam 1Malaysia dan selamat pagi, hihi..
#mood..pilihanraya, tue yg berjiwa semangat kebangsaan nieh..haha.
 tapi yang paling penting, mulakan hari korang dengan senyuman yang manis dan seikhlas hati.
ok! farhana nak tanya korang nie..
"sila jawab dengan jujur dan seikhlas hati" 
ok?






pernah tak korang melakukan sesuatu perkara dengan penuh usaha dan seikhlas hati tetapi hasilnya, tidak seperti yang dijangkakan?
kalau pernah sila angkat kedua tangan sekarang!..hik3x...
before that, farhana nak terang apa yang dikatakan dengan konsep redha..

redha bermaksud kita pasrah diatas apa yang dapat atau yang telah terjadi pada kita setelah melakukan pelbagai usaha atau ikhtiar untuk mendapat kan sesuatu yang terbaik.

Firman Allah S.W.T: 
boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu  
(Surah Baqarah: 216)
"boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi allah mejadikannya  padanya kebaikan yang banyak.
(Surah an-Nisa': 19)

jadi, setelah apa yang korang dapat , hadapinya dengan tenang walaupun hasilnya tidak seperti yang korang jangkakan, korang kena terima dan redha jer, mungkin perancangan allah adalah sebaik-baik perancangan, jangan berasa putus asa untuk mendapatkan yang lagi terbaik
.

 mungkin apa yang kita dapat, adalah baik bagi kita dan ada hikmah disebaliknya. contohnya, korang kena lebihkan berusaha atau berikhtiar.


"walaupun seribu kali anda gagal, kemungkinan suatu hari nanti sebuah kejayaan yang besat sedang menanti anda yang mungkin akan membawa kegembiraan yang paling bermakna dalam hidup.



 ha! korang dah faham dah, apa yang dikatakn dengan redha?pasrah dengan sepenuh hati setelah melakukan pelbagai usaha dan caa untuk mendapat kan hasil atau keputusan yang baik. 
"even you fall down, keep walking and never give up until you reach final destination!!"

#kebahagiaan sentiasa menanti anda!! =')