Cara Atasi Kekurangan Diri

Assalamualaikum...

Selamat Pagi...
Moga Senyuman dipagi hari , sentiasa mekar sehingga pagi esok dan sampai bila-bila...
hehe...

farhana, nak tanya dekat korang semua, siapa yang ada rasa. dirinya ada serba kekurangan..
tahu tak korang nie..

"you have so much talent, but because of your ego, you kill it"!!

how dare....!!!..ngee...^_^



nak tahu bagaimana cara atasi kekurangan diri??

ok! macam biasa...:

baca sekuat mungkin!!!bagi kawan sebelah dengar, korang jugak boleh dapat pahala. sebab sebarkan ilmu..

1) lupakan kekurangan yang ada pada diri
kenapa tak nak terima kekurangan pada diri seadanya? terima sahaja. contohnya, jika anda seorang yang  rendah , ingat bahawa ramai lagi, diluar sana yang rendah tubuhnya tetapi boleh sahaja berjaya, dan tidak semestinya, manusia yang ketinggiannya normal berjaya dalam hidup.
jadi! percubaan untuk selalu menutup kekurangan diri akan hanya membuat dalam keadaan "ditakup yang lama"..tiada perubahan.

2) luaskan pergaulan
bergaulah dengan orang yang mempunyai kepercayaan pada diriyang tinggi. pelajari dan ambil tips daripada mereka, jangan berasa malu, dengan cara komunikasi dapat mengelakan diri daripada perasaan malu dan kurang percaya pada diri.

3) rajinkan bertanya
kata pepatah :"rajin bertanya tak sesat jalan". jangan malu, kita mulakan perbualan untuk mencetuskan "conversation"

4) Tingkatkan Penampilan Diri
apakata, ubah sedikit penampilan diri, elakkan memakai pakaian dan aksesori yang terlampau tidak sempurna, seperti baju yang tidak bergosok, stokin berlubang, kasut yang bertapak haus. jika, pada setiap hari, memakai pakain yang "simple" apakata ubah sedikit dengan menambah aksesori atau menukar warna pakaian dan padankan dengan warna yang bersesuaian.

5) Buang imaginasi NEGATIF
hilangkan dahulu pemikiran "saya tidak boleh buat", rasa setiap geri yang kita lakukan, semua orang melihatnya. jika berada dalam keadaan begini, tarik nafas dalam-dalam, dan tenagkan diri dan percaya,
"oarang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh buat"??!!!

6) Sentiasa Tenangkan Diri
kesalahan utama orang yang berasa rendah diri, ialah kurang kawalan diri (self control), jika berada dalam situsi gagap bercakap, berdebar-debar, tingkah laku serba tidak kena, apakata, atasinya dengan minum air masak, dan membaca "basmalah" dan memegang sesuatu seperti pen. tisu, atau sebagainya untuk elakan gemuruh yang ada dalam diri ketika berada dalam situasi.


ha!Cukup tak, tips yang farhana bagi nieh, kalau tak cukup, or nak lagi, tulis jer kat kotak komen kat bawah, nanti farhana cepat jer tulis balik untuk jawap korang punya soalan tue..hihihi...

Comments

Post a Comment

Terima kasih..Kamsamitha...thanks you for ur comment..

Popular Posts