DASAR LAISSEZ-FAIRE INGGERIS DALAM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

 Salam Sejahtera semua, lama juga mengemaskini blog ini, moga sedikit coreta dan penulisan ini membawa manfaat untuk semua yang membaca.


Pada zaman pemerintahan British, pendidikan di Tanah Melayu telah diselia dan dikawal serta diletakkan di bawah kuasa pentadbiran Inggeris tanpa mempuyai satu falsafah yang konkrit atau dasar pendidikan yang dapat dijadikan sebagai satu hala tuju dalam sisitem pendidikan. Mengikut dasar penjajah iaitu dasar pecah dan perintah, sekolah-sekolah telah diagihkan mengikut kaum, menggunakan bahasa pengantar yang berbeza dan mengikut kawasan-kawasan yang tertentu. Sistem pendidikan pentadbiran Inggeris banyak berkonsepkan Laissez faire.

Hal ini menyebabkan kesukaran dalam seragaman sistem pendidikan dan pencapaian hasrat integrasi nasional. Pada zaman tersebut terdapat  lima aliran sekolah di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British iaitu sistem sekolah pondok, sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan yang tidak seragam dan tidak teratur.

Pada masa itu, pihak Inngeris memetingkan pendidikan kepada negara asal mereka dimana setiap sekolah yang berlainan mempunyai orientasi kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta organisasi yang terasing dan berbeza-beza antara satu sama lain. Misalnya, kurikulum sekolah vernakular Cina adalah berorientasikan pemikiran Tanah Besar China manakala buku teks dan tenaga pengajar dibawa dari negara China. Sekolah vernakular Tamil pula menggunakan kurikulum, buku teks dan tenaga pengajar yang dibawa dari India. Sistem pendidikan yang diperkenalkan ini jelas berorientasikan kepentingan perkauman dan telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.

Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan  sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.Di sekolah- jenis kebangsaan Cina dan dan Tamil, bilangan murid Melayu adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil yang menjadi faktor utama wujudnya jurang pendidikan antara masyarakat.

Melalui hal ini, wujud jurang dalam pendidikan dimana kualiti  dan tahap pencapaian pendidikan di kawasan luar bandar di setiap kawasan adalah tidak sama rata serta terdapat perbezaan yang begitu ketara berbanding di kawasan bandar. Pendidikan di luar bandar berada pada tahap yang rendah kerana beberapa faktor. Antaranya disebabkan oleh kemiskinan keluarga, kekurangan bahan bantu mengajar dan kemudahan infrastruktur serta jurang pendapatan penduduk yang ketara. -sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, dan sumber yang mencukupi.



Kesimpulannya, sistem pendidikan laisses faire yang diwujudkan oleh British sememangnya memberikan banyak implikasi kepada sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun pada masa kini kurikulum semua sekolah telah diseragamkan, namun masih terdapat beberapa kelompongan seperti penggunaan bahasa pengantar yang berbeza di sekolah vernakular yang menyebabkan ramai pelajar tidak mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik. Maka, kerajaan perlu memikirkan inisiatif baru bagi mengatasi masalah ini sebelum ianya menjadi semakin buruk.

Selain itu, Kewujudan sekolah vernakular menyebabkan hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India menjadi renggang. Keadaan ini kerana, tidak wujud interaksi antara kaum dan masyarakat cenderung untuk menjaga kepentingan masing-masing. Oleh itu, semua pihak perlu bersatu padu dalam bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran antara satu sama lain dalam hal perpaduan kaum sekaligus dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Comments

Popular Posts