RATIONAL EMOTIVE BEHAVIOUR THERAPHY (REBT THEORY)



        

Setelah sekian lama, tak update blog nie, baru terasa nak muncul balik dengan new entry.
Untuk kali ni, post mengenai REBT THEORY yang dipelopori oleh ALBERT ELLIS. Penerapan teori ini digunakan dalam menangani masalah kebimbangan dalam kalangan masyarakat.


jika kita lihat, mereka yang merasai kebimbangan akan mengalami gangguan tekanan emosi dan memberikan kesan yang sukar untuk menangani sesuatu masalah yang berlaku dalam diri mereka.  kecelaruan kebimbangan dibahagikan kepada sepuluh subkelas, iaitu:


  • KECELARUAN KOMPULSIF
  • KECELARUAN PANIK
  • KECELARUAN KEBIMBANGAN AM
  • KECELARUA PASCATRAUMA
  • KECELARUAN PANIK DENGAN KETAKUTAN
  • KECELARUAN PANIK TANPA PERISTIWA LALU YANG MENAKUTKAN
  • KECELARUAN FOBIA KHUSUS
  • KECELARUAN KEBIMBANGAN TAK TIPIKAL.

kalau kita lihat subkelas tersebut, kecelaruan tersebut, lebih cenderung kepada kebimbangan. sama ada khusus atau umum. jika dibiarkan tanpa rawatan psikologi atau kaunseling ia akan memberikan kesan yang buru terhadap invidu yang mengalaminya.


JADI, BAGAIMAN REBT THEORY dapat mengatasi kekurangan kebimbangan ini. Didalam teori Albert Ellis, beliau merangka satu rajah konseptual bagi memudahkan kajian ini dijalankan:


    Penggunaan teknik ABCDEF dalam kerangka tersebut adalah konsep yang akan dilakukan oleh individu untuk mengatasi masalah kembimbangan. mudahnya:

A: PENGALAMAN- peristiwa yang kita alami 
B: KEPERCAYAAN- kepercayaan kita lebih kepada perkara yang tidak rasional
C: AKIBAT: kesan daripada apa yang kita alami dan apa yang kita percaya
D: PERUBAHAN: jika kita mengubah kepercayaan tidak rasional akan memberikan kesan positif dalam diri
E: EMOSI: perubahan Emosi
F: TINGKAH LAKU: perubahan tingkah laku dapat dilihat daripada apa yang kita ubah pada langkah C.

Oleh itu, dalam menangani masalah kebimbangan, kepercayaan tidak rasional perlu dielakkan supaya masalah yang dialami dapat diatasi dengan baik.



SEKIAN, jumpa lagi, pada next Entry =).

Comments

Popular Posts