IBUKU Jalan SyurgaKU





Assalamualaikum w.b.t



 thanks you mama!! i'll really proud of you!!

Moga senyuman yang manis sentiasa tersenyum di bibir anda, moga hari semalam adalah sejarah, dan hari ini lakaran sejarah…ngee, apa pun, hari ini entry farhana bertajuk ibu jalan syurgaku..
Anyway, walaupun hari ibu dah lepas, tetapi bagi farhana setiap hari adalah hari ibu, walaubagaimanapun dia marah dekat kita sekali dia tetap ibu kita, tiada yang dapat menggantikan dia. Dia adalah idola kita, ketabahan dia membangkitkan semangat kita. Tak percaya??
Meyh sini..
#baca kuat-kuat, bagi orang lain dengar!okay?!!




"semangat ibu sungguh luar biasa. Bermula pada pagi yang dingin, ibulah orang pertama yang bangun membersihkan diri. Kemudian, bermulalah rutin  harian dengan pelbagai kerja. Kotmitmen dan tugasnya berjalan sehingga malam hari. Tanpa rungutan dan keluhan, semuanya dilakukan dengan sepenuh keikhlasan".
ha! Begitulah ketabahan dan kesungguhan seorang ibu dalam kotmitmennya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Daripasa tokoh pemimpin dunia yang kita kagumi, peribadi ibu adalah sangat hebat.!lahirnya manusia yang bernama "ibu" yang terkenal dengan keberanian, kepahlawanan dan kebijaksanaan . usaha yang dilakukan bagi memberikan didikan dan dorongan serta sokongan kepada anak-anak mereka, bagaikan ada sentuhan "magic".
YA!BENAR!
Disebalik kehebatan seorang lelaki , di belakangnya ada seorang wanita yang berjiwa besar menyokongnya.
TETAPI???
Sedarkah kita, ibu menjadi salah satu lorong menuju syurga? Bak kata pepatah
"syurga dibawah telapak kaki ibu"
Redha ibu, adalah tiket percuma untuk kita pegang untuk menyeberangi alam yang indah dan kekal selamnya, iaitu alam akhirat.

Sabda Rasullulah S.A.W:-
"ibu bapa ialah pintu syurga yang paling tengah . terserah padamu kepadamu . sama ada engkau mensia-siakan atau memliharanya" . ( Riwayat al-tirmizi)
 
Didalam Al-quran surah Al-Isra: 23
Menyatakan bahawa: dan rabmu (Allah) telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah
selain dia, hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya".

Pengorbanan dan jasa ibu pada kita amatlah besar, tidak ternilai dengan wang ringgit, tetapi membahagiakan ibu, adalah nilaian yang sangat tinggi dimata ibu.
Nak tahu, apa yang dapat membahgiakan ibu??
Kalau nak tahu, promise dengan farhana, selepsa korang baca nie, bagitahu kat kawan-kawan yang lain taw..

#Tips Bahagiakan Ibu
1-      Mentaati arahan mereka, selagi mereka tidak menyuruh melakukan maksiat.
2-      Sentiasa mendokan mereka.
3-      Sentiasa bertanyakan khabar mereka.
4-      Melakukan pengorbanan untuk mereka.
5-      Bermanis muka dihadapan mereka
 

Comments

Popular Posts