Homemade! kek lapis pandan..

Assalamualaikum.

selamat pagi semua!!..mari senyum-senyum dipagi hari..haha..
ok! farhana pun tak tahu, virus apa yang melekat kat badan hari nie yang menyebabkan  tersangat rajin untuk buat kek.
actually, nie adalah kek pertama yang farhana buat selama umur farhana 20 tahun nie..haha..
berkat kesabaran mengacau layer dia..so ini lah hasilnya..!!

bagi korang yang suka sangat kek lapis pandan nie boleh lah try..
bahab-bahan yang digunakan:


1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar agar-agar (yang powder taw)
sedikit pewarna perisa pandan
kelapa 
500 gm gula
500 ml air
kek gulung pandan ( beli dimana-mana kedai kek)

cara-caranya:
panaskan kuali diatas dapur,apabila kuali sudah panas, masukkan air dan gula. kacau sehingga gulanya larut, masukkan agar-agar dan perisa pandan.selepas memasukkan semua bahan didalam kuali, pastikan kacau sehingga likat.ia bagi memastikan kek dapat melekat untukmendapatkan lapisan yang cantik.

apabila kuahnya sudah likat,potong kek gulung nipis-nipis, dan letakan didalam loyang denga potongan yang telah dibuat tadi.selang-seli kan kek gulung pandan tadi dengan kuah yang telah dibuat. setelah siap letakan kek di dalam peti, dan akhir sekali hiaskannya dengan kelapa.

ha! dah siap untuk dimakan, korang boleh buatkan untuk present sebagai hari jadi kawan korang pun boleh taw! lagi sweet.sebenarnya, untuk kek gulung pandan tue, kebiasaanya, farhana tengok orang akan buat sendiri, so untuk mudahkan kerja dan masa, mama  farhana mencadangkan beli sahaja kek gulung yang dah sipa dekat kedai, potong nipis-nipis dan selang-seli kan jer dengan kuah yang telah dibuat tadi..
haha..."dalam hati orang malas memang macam tue"....hihi.. 

p/s: bila dah siap, jangan lupa senyum sampai telingan dan cakap allhamdulilah..hihi..dan jangan lupa ingat farhana sekali taw..haha..









2 comments:

  1. hihi..tue lah 1st time buat naseb baik jadi..try lah buat..sedap..coz kalo tmpah dkat kdai..mhal jgak kek yg mcm nie..

    ReplyDelete

Terima kasih..Kamsamitha...thanks you for ur comment..